Newsletter

Get the latest fashion trends, the best in travel and my life.

CikYam

Get the latest info regarding my services.

tentang-cikyam
Cikyam Creative

 

“Kalau menulis itu buat aku gembira, aku akan menulis kalau aku sedih. Kalau menulis itu buat orang gembira, aku akan menulis selamanya.”

– Maryam Elyas-

Hai, CikYam Sini!

Nama CikYam ialah Maryam Elyas. Lebih mesra orang panggil CikYam. Memang dari dulu orang panggil CikYam saja. Lama-lama lekat nama tu. CikYam asal Johor. Biasa cakap ada ‘ek’ kat belakang.

Cik Yam berpengalaman sebagai wartawan dan penulis profesional selama 16 tahun. Sejak 2004 dalam dunia penulisan sehinggalah Disember 2020. Ya, selama itulah Cik Yam abadikan diri dengan karier kewartawanan sampailah hilang pekerjaan. Semuanya sebab pengurangan kos oleh syarikat disebabkan ekonomi yang mengalami penguncupan akibat COVID-19.

tentang-cikyam-mendapat-anugerah
sijil-anugerah-cikyam

16 Tahun Sebagai Wartawan

Sekali menulis, selamanya Cik Yam akan menulis. Diberhentikan kerja sebagai wartawan bukan bermaksud langkah Cik Yam dalam bidang yang Cik Yam cintai akan terhenti. Tidak sama sekali!

Pengalaman yang bukan sedikit menjadikan Cik Yam faham dunia penulisan ni semasak-masaknya. Cik Yam pernah bekerja di majalah Jelita, MIDI, Mingguan Wanita dan RASA. Pernah juga berkhidmat di akhbar Sinar Harian. Pernah memberikan sentuhan dalam website Bercinta Selepas Nikah dan Vanila Kismis.

Cik Yam juga pernah bekerja di syarikat penerbitan buku. Sempat juga hasilkan buku sendiri. Malah ada buku Cik Yam yang menjadi library set sebagai buku rujukan. Antara buku Cik Yam yang masih mendapat royalti jualan sampai sekarang adalah buku kanak-kanak siri 1 Hari 1 Cerita.

Cik Yam diiktiraf sebagai Penulis Rencana Terbaik (Bahasa Melayu) pada Anugerah Kewartawanan Malaysia 2007 anjuran Malaysia Press Institute (MPI). Anugerah sijil dan wang tunai RM5,000 disampaikan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak masa tu.




CikYam Ghostwriter

Langkah Cik Yam makin panjang. Memanfaatkan kebolehan yang ada. Cik Yam teruskan perjuangan dengan menulis. Cik Yam jadi penulis upahan sepenuh masa. Ya, penulis upahan atau ghost writer.

Pada hari ini, ramai yang asyik bercakap tentang konten di media sosial. Di tempat kerja lama pun, tugas Cik Yam menyediakan konten. Kami selalu brainstorming pasal konten yang bagus, yang disukai dan kekuatan konten itu sendiri.

Di sinilah Cik Yam nampak ruang kepakaran Cik Yam diperlukan dalam arus pengisian konten. Kerjaya membuat konten amat diperlukan pada zaman ini. Kekuatan Cik Yam adalah penulisan storytelling kerana itulah perkara yang setiap hari Cik Yam lakukan sepanjang bekerja. Hari ini, Cik Yam ada di sini untuk memberikan yang terbaik untuk korang semua!
Nak tahu lanjut klik sini. 

Kembali
Bekerja

Pada Februari 2023, CikYam ditawarkan pekerjaan sebagai Strategic Content Manager di Modachi Sdn Bhd. Syarikat ini terkenal dengan konsep ‘brand storyteller’ dan amat kena dengan gaya penulisan CikYam iaitu storytelling.

Pada Mei 2024, CikYam dinaikkan pangkat kepada Senior Manager di syarikat ini. Alhamdulillah.

Tugas CikYam adalah memantau team untuk sama-sama membantu perniagaan pelanggan dari segi pemasaran. Merancang strategi pemasaran melalui kandungan berbentuk tulisan, video, audio di pelbagai platform.

Merancang Kandungan Berstrategi

Tugas sebagai Pengurus Kandungan Berstrategi sangat mencabar kebolehan dan keupayaan CikYam dalam penghasilan kandungan yang berkesan.

Di Modachi, CikYam menguruskan banyak klien dalam pelbagai peringkat. Ada pengusaha kecil dan sederhana, agensi kerajaan dan syarikat korporat.

Jurulatih Bertauliah oleh HRD Corporation

CikYam juga telah ditauliahkan sebagai jurulatih (penulisan) oleh HRD Corporation. CikYam banyak memberi latihan berkaitan penulisan kepada kakitangan kerajaan, pelajar universiti dan juga orang perseorangan.

Antara kursus yang CikYam kendalikan adalah:

1) Kursus Penulis Upahan
2) Kursus Penulisan Kreatif
3) Kursus Penulisan Berita dan Rencana
4) Kursus Penulisan Copywriting dan Storytelling

Menulis Buku ke-27

Pada Oktober 2023, buku bertajuk PROWRITER Jalan Pintas Jadi Penulis Profesional telah diterbitkan. Ini adalah buku ke-27 hasil karya CikYam.

Buku ini amat sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan panduan menjadi penulis dan boleh saja mengambil upah menulis hanya dari rumah.

Buku ini merangkumi pengalaman CikYam sebagai wartawan hingga kepada fasa CikYam menulis dari rumah sebagai ghost writer.

Nak dapatkan buku ini? KLIK SINI

Demi Anak & Suami OKU

Diberhentikan kerja menjadikan Cik Yam bertambah kuat dari segi emosi dan semangat. Hidup Cik Yam bukan untuk diri sendiri. Kekuatan ini Cik Yam dapat demi anak dan suami Cik Yam yang juga seorang yang cacat kakinya.

Walau bukan lagi wartawan, etika penulisan tetap Cik Yam amalkan dengan baik. Menulis adalah passion yang susah untuk Cik Yam tinggalkan. Cik Yam akan menulis selamanya. Untuk mama dan abah, terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan hidup. Hidup Cik Yam matang dalam dunia penulisan.

Kembali bekerja pada tahun 2023 hingga kini, CikYam amat bersyukur kerana masih ada rezeki untuk terus berkhidmat. Wartawan atau Pengurus Kanan Kandungan tetap sama, masih menulis.

Love,
CikYam

ibu-ayah-cikyam

Ibu & Ayah

Anugerah terindah

cikyam-dan-mrmama

CikYam & Mr. mama

Loving Couple

Cik Cama

Penyejuk Hati

Adik

Adik

Penawar Hati