Newsletter

Get the latest fashion trends, the best in travel and my life.

CikYam

Get the latest info regarding my services.

servis-cikyam

Tiada masa nak menulis?

Servis Menulis CikYam.

Saya adalah seorang penulis profesional. Tugas saya bantu memudahkan urusan anda  untuk menghasilkan ayat luar biasa dalam pelbagai medium yang anda inginkan. Saya faham dunia serba sibuk pada hari ini, menyekat ramai usahawan untuk menulis konten sendiri. Dapatkan servis penulis upahan daripada saya hari ini.

Menulis Konten FB
(Personal & Page)

Ada orang suka membuat konten di facebook tak kira di page atau fb personal. CikYam sediakan konten mengikut keperluan anda. Di facebook, CikYam boleh hasilkan konten berbentuk artikel mahupun copywriting.

Terdapat 2 jenis konten yang disediakan iaitu 200 patah perkataan dan 500 patah perkataan. Anda boleh pilih konten sama ada single (1 konten) mahupun combo (5 konten). Lebih jimat sekiranya anda booking untuk 30 konten. 

Menulis Konten Website

Website adalah salah satu saluran untuk menjadi rujukan dan medan bisnes secara online paling berkesan. Dengan carian ‘keyword’ yang menarik, pasti website anda boleh berada dalam kedudukan antara yang teratas di google.

Konsisten membuat konten di website, tidak mustahil untuk anda mudah membuat jualan kerana selalu dapat dibaca oleh ramai pengguna internet. Jom CikYam hasilkan konten untuk website anda.


Menulis Manuskrip Buku Fizikal & Ebook

Pada hari ini, ramai dalam kalangan kita yang sangat sibuk dengan urusan harian. Justeru tak sempat hendak menghasilkan buku sendiri. Padahal, pengalaman yang ada sangat rugi jika tidak dibukukan. Ini kerana setiap yang dibukukan boleh dibaca sampai bila-bila. CikYam menyediakan perkhidmatan untuk menghasilkan manuskrip buku dan ebook dengan kadar caj standard.

Membaca Pruf

CikYam mempunyai pengalaman sebagai pembaca pruf (proof reader). CikYam juga berkebolehan dalam bahasa termasuklah tatabahasa. Mungkin ramai yang boleh menulis namun tak ramai yang mahir dalam tatabahasa. Ejaan selalu silap.

CikYam pernah mengedit ejaan bagi bahan bacaan rujukan Komsas Tingkatan 1. Ini menjadikan antara yang terbaik dalam mengedit ejaan manuskrip anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Tugas utama seorang penulis upahan macam CikYam ni, adalah menghasilkan teks kepada klien. Antara teks yang dihasilkan adalah untuk pelbagai medium misalnya sosial media, blog, website dan ebook.

Apabila anda menempah teks daripada seorang penulis upahan, sediakan perkara ini.
1) Bahan rujukan untuk penulis upahan menghasilkan teks. Misalnya link, video, gambar, poster.
2) Beritahu detail untuk teks itu akan dipaparkan di mana supaya sesuai dengan lenggok bahasanya.
3) Deposit sebanyak 50% daripada total keseluruhan bahan yang ditempah.

Gambar tidak termasuk dalam caj penghasilan teks. Namun, jika klien mahukan gambar misalnya poster, penulis upahan boleh hasilkan poster sebagaimana yang diminta dengan caj yang minimum.